------------------
TERUSKAN USAHA
------------------
Saya harap anda terus bersemangat untuk lakukan bisnes
melalui HPA. Sememangnya pembinaan bisnes adalah proses
yang akan mengambil masa sebelum kita mendapat hasil.
Jika kita fikir cepat kaya sebenarnya kita mengundang ke
arah kegagalan.
Ada sesetengah pakar network marketing yang mengatakan
bisnes ini adalah seperti mendaki bukit. Awalnya memang
payah tetapi bila rangkaian berkembang, kerja akan jadi
lebih mudah. Dalam proses tersebut kita akan melalui
fasa2 seperti:
i- Keluar modal promosi tapi hasil amat sedikit
ii- Kos promosi dapat ditampung oleh bonus
iii- Bonus telah melebihi kos2 yg terlibat
Akhir-akhir ni, perkembangan HPA nampak baik. Kita perlu
mengambil peluang ini, jika tidak peluang ini akan diambil
oleh orang lain. Masa tak akan menunggu kita.
Semoga usaha kita sekarang ini akan dapat menolong kita
seandainya kita menghadapi saat-saat kesempitan di masa
hadapan. Yang penting kita bersedia dari awal kerana pembinaan
bisnes seperti network marketing ini mengambil masa dan
mungkin hanya selepas 1 atau 2 tahun kita akan mula
mendapat hasil yang baik.
--------------------
TEKNIK PROMOSI
--------------------
Banyak cara untuk promosikan bisnes samada secara biasa atau
secara online. Kepada anda yang mempunyai banyak masa untuk
akses internet terutamanya jika anda ada internet di rumah,
anda boleh explore tips promsosi internet. Banyak sumber
di Internet. Contohnya
http://www.wangcyber.com/forum
Pada masa sama, saya ada juga mengesyorkan teknik sharing iklan.
Upline akan kongsi dengan downline dan alamat web downline
akan digunakan semasa promosi.
Antara yang telah dibuat ialah meletakkan iklan di:
i- harakahdaily.net (rm150/week) - kongsi 3 orang, dapat
22 prospek dan 2 telah upgrade jadi ahli HPA
ii- saifulislam.com (rm50/month) - kongsi 2 orang, dapat
13 prospek dan 3 orang dah upgrade jadi ahli HPA
Atas adalah antara yang telah dicuba, dan kami
akan terus explore laman2 web lain. Yang mana ok
kita akan teruskan promosi disitu.
Teknik promosi ini kami target terutamanya jika anda:
i- Tidak berminat MLM cara biasa (offline)
ii- Internet terhad, hanya di ofis
iii- Ada internet di rumah, tetapi belum mahir dengan
teknik2 promosi di Internet.
Jika anda berminat, sila email ke upline anda atau
email kepada saya di hpa.maisecawan@gmail.com. Nanti
kami cuba arrangekan. Tapi ini adalah lebih kepada
first come first serve.
Selain dari cara ini, memang banyak teknik untuk
promosi di Internet. Kepada anda yang mempunyai internet
di rumah, ambil peluang untuk explore mengenai bisnes
di Internet.
--------------------
KOS DALAM BISNES
--------------------
Dalam bisnes, kita tak dapat lari dari kos. Begitu juga
dengan network marketing, yang mana untuk mengembangkan
rangkaian kita mungkin terpaksa mengeluarkan sedikit kos.
Internet merupakan satu kelebihan kepada kita dan sememangnya
dapat memberikan banyak PENJIMATAN dari banyak segi.
Di bawah adalah contoh, secara kasar:
Ofline (cara biasa MLM):
-> Rm200 -duit minyak pergi jumpa prospek dan pergi mcm2
jenis meeting
-> RMXXXX - harga masa, tinggalkan anak/pasangan tengah
malam atau weekend untuk jumpa prospek
-> RM50 - belanja prospek minum / duit prepaid untuk call
-> RMXXX - harga 'PANAS TELINGA' bila prospek sound
balik benda2 tak elok masa jumpa
Online:
-> RM20-70 - beli iklan ( proses register iklan mungkin
15min ke 30 min. Lepas tu kita tinggalkan, hanya monitor
sekali sekala)
-> Komunikasi percuma melalui internet, Yahoo Msgr dll
-----------
UPDATE HPA
-----------
Selalulah ke link2 di bawah untuk update terkini HPA:
http://jawiherbshop.blogspot.
http://duniaherbahpa.com (maklumat produk dan aktiviti HPA)
http://www.hpa.com.my (Laman web korporat HPA)
http://www.duniaherba.net
http://www.youtube.com/watch?
------------------
MOTIVASI DIRI
------------------
Dalam melakukan bisnes, kita tak dapat lari dari masalah
hilang semangat. Ini adalah salah satu musuh yang boleh
menghalang kita dari mencapai impian. Antara cara untuk
elakkan ialah banyakkan membaca artikel2 motivasi. Antara
yang anda boleh refer ialah blog irfan khairi, jutawan
internet
http://www.irfankhairi.com/blog/category/motivasi/
Salam Perjuangan,
--------------------------------------
Shukri Zakaria
--------------------------------------
hpa.maisecawan@gmail.com
http://hpa-maisecawan.blogspot.com
--------------------------------------
No comments:
Post a Comment