Sunday, March 22, 2009

Tulis impian dan set target

Sedikit perkongsian mengenai impian dan set target, semoga menjadi panduan bersama yang saya kumpul dari beberapa sumber.

--------------------------
1) Apa impian anda ?
--------------------------

Pada saya, setiap kita yang melakukan bisnes mempunyai impian masing-masing. Impian inilah yang akan menggerakkan kita untuk terus melakukan bisnes walaupun macam -macam cabaran akan kita lalui.

Contoh: Income HPA RM2,000 pada pertengahan 2010

Impian tersebut biarlah specific, seperti mempunyai tarikh bila ingin capai dan juga jumlah yang ingin dicapai.


---------------------------------------
2) Pecahkan kepada target kecil
---------------------------------------

Impian perlu dipecahkan kepada target-target kecil kerana jika tidak dipecahkan kita mungkin akan merasa terlalu berat dan mungkin tidak tahu macamana untuk mula. Kita mula dengan dengan kecil dan dari masa ke semasa, bila dah dapat rentak, kita boleh tinggikan lagi target kita.

Mungkin sebagai permulaan, kita boleh letak target bulanan seperti dibawah:

i- Maintain bulanan - 50nm
ii- Cari downline - 2 orang sebulan

Kita mesti sama-sama cuba sedaya upaya untuk capai target kecil tersebut kerana jika target tersebut tidak kita capai, kita tidak akan sampai ke impian.


------------------
3. Tulis impian
------------------


Satu lagi, saya penah terbaca tulisan jutawan Internet Irfan Khairi dimana dia menyarankan kita tulis setiap impian atau target yang kita telah tetapkan dan kita mesti selalu lihat target tersebut. Ini ada berkaitan dengan minda separa sedar kita yang akan dapat memberi impak kepada tindakan sedar kita.


-------------------
4. Visualization
-------------------

Cuba untuk selalu berimaginasi dan bayangkan saat kita mencapai impian tersebut untuk menguatkan semangat untuk bertindak ke arah impian tersebut.


No comments:

Post a Comment